#CelcomBelanja - Peraduan Siti Nurhaliza On Tour 2019

Highlighted
Community Manager

#CelcomBelanja - Peraduan Siti Nurhaliza On Tour 2019

Siti-Nurhaliza-tix.jpg

 

                                      "Peraduan Siti Nurhaliza On Tour #CelcomBelanja

 

                                                   FAQ (Soalan yang sering ditanya)

1.

Q: Peraduan ni pasal apa sebenarnya?

A: Hai! Peraduan ini adalah peluang untuk anda memenangi dua tiket ke konsert Siti Nurhaliza On Tour yang akan berlangsung 16 Mac 2019 di Axiata Arena pada jam 8.30PM. Anda hanya perlu Rekod 20 saat video kreatif anda menyanyikan lagu popular Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan muatnaik video tersebut di Instagram (pastikan Instagram anda di set public). Follow akaun Instagram kami @celcom, sertakan hashtag #CelcomBelanjaXSitiNurhaliza dalam kapsyen dan tag seorang rakan anda.

 

 

2.

Q: Boleh saya join guna social media account yang lain selain Facebook?

A: Hai! Maaf, kami hanya terima penyertaan melalui Instagram. Setiap penyertaan perlu ada #CelcomBelanjaXSitiNurhaliza dan tag rakan anda. Jangan lupa baca terma dan syarat peraduan ini dulu ya.

 

3.

Q: Bila tarikh akhir peraduan ini?

A: Peraduan ini akan tamat pada 10 Mac 2019.

 

4.

Q: Boleh saya sertai lebih dari sekali?

A: Boleh saja! Kami juga ingin ucapkan Semoga berjaya!

 

5.

Q: Apa yang akan saya dapat kalau menang?

A: Anda akan memenangi satu pasang (dua keping) tiket ke konsert Siti Nurhaliza On Tour yang akan berlangsung pada 16 Mac 2019, 8.30PM

 

6.

Q: Macam mana nak sertai peraduan ini?

A: Senang je! Ikuti langkah dia bawah :

a)       Rekod 20 saat video kreatif anda menyanyikan lagu popular Dato’ Sri Siti Nurhaliza

b)      Muatnaik video anda di Instagram (pastikan Instagram anda di set public)

c)       Follow akaun Instagram kami @celcom dan sertakan hashtag #CelcomBelanjaXSitiNurhaliza dalam kapsyen video anda

d)      Tag seorang rakan anda.

 

7.

Q: Macam mana Celcom akan pilih pemenang?

A: Pemenang akan dipilih berdasarkan video yang paling kreatif dan anda haruslah Follow Celcom Instagram dan pengguna Celcom yang tetap. Untuk maklumat lanjut, sila baca terma dan syarat ya.

 

8.

Q: Kalau saya menang tiket ni, boleh tak saya bagi orang lain?

A: Hai! Boleh, tapi anda perlulah PM kami sebelum mengambil tiket anda ya.

 

9.

Q: Saya bukan pengguna Celcom. Boleh tak saya sertai?

A: Harap maaf, peraduan ini hanya dibuka untuk pengguna dan pelanggan Celcom. Kalau anda nak menyertai peraduan ini, anda perlu daftar untuk pascabayar Celcom.

10.

Q: Kalau saya menang peraduan ini, macam mana Celcom akan hubungi saya?

A: Celcom akan mengumumkan peraduan ini melalui Instagram Celcom dan akan “direct message” (DM) pemenang. Pemenang perlu memberikan butir-butir peribadi (seperti yang tertera di Terma dan Syarat) dalam masa 72 jam.

 

 

Labels (2)