New phone or easy phone

Highlighted
Contributor **

New phone or easy phone

Haii semua..nak tanya ni,apa perbezaan Pakej New Phone dgn Pakej Easy Phone ya? Kalau dalam 1 ID yang sama nombor telefon berlainan,1 nombor dah ambil pakej easy phone...lagi 1 nombor boleh tak ambil pakej new phone pulak?guna ID yg sama?
1 REPLY 1
Special Contributor *

Re: New phone or easy phone

Hi @misae,

Pakej NewPhone membolehkan kita menukar kepada telefon lain secara percuma selepas 12 bulan berada di dalam program tersebut walaupun kontrak asal adalah 24 bulan. Jika tidak ditukar selepas 24 bulan, telefon tersebut menjadi hak milik kita. Manakala pakej EasyPhone hanyalah program 'bayaran ansuran' selama 24 bulan tanpa kelebihan untuk menukar telefon selepas 12 bulan. Selepas 24 bulan, telefon akan menjadi milik kita. 

 

Jika dilihat dari terma dan syarat, kedua-dua program tidak membenarkan 1 ID untuk mendaftar lebih dari 1 walaupun mempunyai nombor yang berlainan. Bagaimanapun, tidak ada syarat khusus mengatakan tidak boleh bagi 1 ID mendaftar untuk EasyPhone dan NewPhone. Bagi pandangan saya, Celcom tidak membenarkan kerana 1 ID / 1 pelanggan akan membuat 2 'pinjaman' pada 1 masa dan itu akan menambah risiko atas 'pinjaman' tersebut lebih dari 1 pelanggan. Mungkin saya silap. @misae boleh bertanya mereka melalui cara di bawah;

 

"You may click on this link https://www.messenger.com/t/celcom for assistance. Alternatively you may also call 1111 and speak to one of our Customer Service Consultants."

 

Harap dapat membantu ✌🏽     

--
ιllιlı.ıl oǝɹǝʇsʞund@ //
Top Kudoed Posts