Go to Community home

Suggestion to CELCOM for us as a customer.

Highlighted
Contributor *

Suggestion to CELCOM for us as a customer.

Hai, saya hadley. Saya telah lama menggunakan talian CELCOM sejak berumur 12 tahun. Sekarang saya sudah berumur 20 tahun. Saya telah bersama CELCOM 9 tahun dan lebih. Bagi saya CELCOM adalah rangkain yang terbaik di Malaysia, tetapi sejak Tahun 2020 liputan talian internet semakan menurun dan banyak keluhan daripada pelanggan tentang talian internet. Ini akan menjejaskan perkembangan CELCOM dalam kalangan rangkain di Malaysia. Ini adalah contoh keluhan pelanggan yang mengatakan bahawa mereka ingin menukar rangkain baru dan ada juga yang mengatakn bahawa kalau bukan disebabkan mereka masih dibawah kontrak CELCOM sudah lama mereka akan menukarkan rangkain CELCOM kepada rangkain lain dan juga mereka mengatakan mereka merasa tertipu, rugi dan kecewa dengan plan² yang mereka pilih dan membayarnya setiap bulan tapi talian internet sangat perlahan. Dengan itu, saya sebagai pelanggan CELCOM yang telah bersama 9 tahun lebih ingin memberi serbah sedikit cadangan untuk memperbaiki ketidakpuasan pelanggan CELCOM.
Seperti:-
(1). Memberi diskaun kepada pelanggan postpaid yang hanya mempunyai masalah talian internet dan memberi laporan kepada perkhidmatan pelanggan dengan bukti yang kukuh seperti "speed test" dan lain-lain lagi.
(2). Memberi kouta data percuma kepada pelanggan prepaid yang hanya memberi laporan kepada perkhidmatan pelanggan dengan bukti yang kukuh seperti "speed test" dan lain-lain lain
(3). Memberi pelbagai promosi kepada pelanggan yang hanya memberi laporan kepada perkhidmatan pelanggan dengan bukti yang kukuh seperti "speed test" dan lain-lain lagi.
(#terma_dan_syarat)
Kenapa saya memberi pendapat sedemikan? Kerana ini berkemungkinan akan membantu CELCOM untuk mengekalkan kedudukannya dikalangan rangkain lain dan untuk mengekalkan pelanggannya hilang. Walaubagaimanapun CELCOM juga harus terus memperbaiki liputan talian internet dalam sesebuah kawasan tersebut kerana cadangan saya ini cuma hanya membantu untuk mengekalkan kedudukan CELCOM dikalangan rangkain lain dalam Malaysia dan juga bertujuan untuk mengekalkan pelanggannya daripada hilang bukan untuk memperbaiki talian internet. Akhir sekali, Saya sebagai wakil dari seluruh pelanggan CELCOM di Malaysia ingin berterima kasih atas kerjasama, usaha dan kerja keras CELCOM selama ini. Saya harap cadangan ini dapat dipertimbangkan untuk tujuan tertentu. Terima kasih, CELCOM.
-Hadley-