Hapuskan Mingguan Internet Data

Contributor **

Hapuskan Mingguan Internet Data

Sebagai pengguna tegar Celcom yang jarang menggeluarkan Aduan keras terhadap perkhidmatan Celcom.. Saya merasakan pihak anda Celcom harus lah mendengar pendapat saya sebagai pelanggan anda selama 12 tahun ini sebagai upaya peningkatan servis berterusan sebagai nilai tambah dan penghargaan terhadap pelanggan..

Saya sebenarnya agak terkesan dengan pengumuman pihak Digi yang ingin menghapuskan Kuota Internet mingguan yang memisahkan kuota internet harian dan Mingguan.. bagi saya ini adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan mendatangkan kecemburuan dari pengguna dari syarikat telco yang berlainan khususnya pengguna celcom.

Disini saya ingin bertanyakan pada pihak celcom... adakah anda mempunyai perancangan yang serupa? Anyday GB ialah suatu tindakan "memerah susu" dari pelanggan sehingga kering.. Harap dapat maklum balas yang positif dari anda CELCOM....